Sunday, 24 May 2015

PENGGUNAAN PERMAINAN DIGITAL DI DALAM PROSES PENGAJARAN



Pada arus zaman yang moden kini, proses pembelajaran di Malaysia semakin berkembang dari segi penggunaan teknologi dalam pendidikan. Pembelajaran yang berasaskan permainan adalah satu usaha untuk menarik minat setiap pelajar untuk mempelajari sesuatu perkara baru dan ianya juga merupakan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar untuk bermain permainan digital bagi tujuan pendidikan. Dengan menggunakan permainan digital dalam pendidikan ini, para pelajar lebih berpotensi untuk membina maksud dan pemahaman dalam setiap fasa pembelajaran. Menurut Connolly dan Stansfield  telah mendefinisikan permainan digital untuk pendidikan sebagai "penggunaan komputer berasaskan  pendekatan permainan yang bertujuan untuk menyampaikan, menyokong dan meningkatkan  pengajaran, pembelajaran, pentaksiran dan  penilaian". Permainan digital dalam pendidikan ini sesuai untuk semua peringkat umur bermula dari murid-murid tadika hingga mahasiswa-mahasiswi university serta pendekatan ini sesuai untuk kebanyakan mata pelajaran seperti Matematik, Sains, Bahasa dan Geografi.



Terdapat beberapa cadangan yang telah diutarakan bagi menggalakkan penggunaan permainan digital. Antara cadangan penggunaan permainan digital dalam pendidikan secara rasioanal adalah seperti berikut :
1)      Permainan wujud dalam sebahagian masa dalam pembelajaran. 
2)      Proses pembelajaran menjadi lebih senang  jika permainan berkenaan mempunyai motivasi intrinsik, penglibatan dan keseronokan.
3)      Proses pembelajaran yang semula jadi wujud dalam genre permainan  pengembaraan, sama ada jalan cerita  berkenaan digunakan secara tradisional atau secara interaktif.


Permainan  digital yang digunakan dalam pendidikan ia dikenali secara kolektif sebagai permainan  pendidikan. Para pendidik dan pelajar menggunakan permainan  pendidikan dalam proses pengajaran dan  pembelajaran bagi beberapa mata pelajaran seperti Matematik, Sains, Sejarah dan Bahasa. Menurut Mat Zin, permainan digital dan teknologi interaktif dalam persekitaran pembelajaran multimedia boleh memupuk pembelajaran yang lebih berkesan dan menarik terutama di kalangan  pelajar muda. Terdapat juga beberapa kebaikan serta faedah yang terdapat di dalam permainan digital dalam pendidikan. Antaranya ialah :
1)      Memotivasikan pelajar untuk terus mempelajari sesuatu yang baru.
2)      Meningkatkan kemahiran kognitif, termasuk kemahiran ruang dan fizikal serta membantu meningkatkan kemahiran ICT dalam diri seseorang pelajar.
3)      Menggalakkan kerjasama di antara pelajar dengan persekitaran  pembelajaran kolaboratif atau persekitaran kerjasama, yang mana para pelajar berkongsi maklumat dan belajar daripada satu sama lain.
4)      Meningkatkan kepantasan dalam  pemikiran strategik dan penyelesaian masalah.
5)      Meningkatkan koordinasi antara tangan dan mata.
6)      Meningkatkan fokus di kalangan kanak-kanak yang menghadapi masalah gangguan perhatian.
7)      Meningkatkan pencapaian dalam sesuatu mata  pelajaran.

Kesimpulannya dapat kita lihat bahawa setiap pembaharuan dalam bidang pendidikan pasti akan memberi impak yang terbaik bagi setiap pelajar. Dengan adanya permainan digital seperti ini dapatlah lagi meningkatkkan minat dan menjadikan pelajar-pelajar ini lebih berkeyakinan dalam melakukan sesuatu serta tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru. 

4 comments:

  1. Assalamualaikum Nurin,

    Saya sangat bersetuju dengan pendapat anda di mana penggunaan permainan digital dalam proses pembelajaran sangat membantu dalam meningkatkan kreatif dan kemahiran para pelajar. Hal ini jelas menunjukkan bahawa ianya adalah terbukti kerana dengan adanya permainan digital ini, ianya sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan para pelajar ketika proses P&P dan seterusnya meningkat kreativiti para pelajar dalam pembelajaran.

    SITI NORFIRDAUS BINTI MOHAMMED ASHAARI
    A149324

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Selepas saya membaca isu yang dibangkitkan oleh saudari, saya mendapati permainan digital dalam pembelajaran merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang berkesan di dalam kelas. Ini disebabkan oleh pelajar-pelajar yang sedang belajar akan cepat bosan dengan apa yang diajar oleh guru, jadi ini merupakan salah satu teknik untuk menarik minat mereka untuk belajar.

    Tahniah di atas perkongsian yang menarik.

    Noor Akmarwati Mat Yaub,
    A 149507

    ReplyDelete
  3. Satu isu yang sangat menarik . Setelah membaca artikel saudari saya dapati penggunaaan permainan digital dlm pnp sgt membantu . Para guru dapat mendidik para pelajar dengan lebih santai dengan menerapkan unsur bermain sambil belajar . Terima kasih atas perkongsian saudari .
    jgn lupa singgah ke blog saya dan jgn lupa tinggalkn komen anda juga :)
    arinaazamri.blogspot.com

    NUR ARINA ZAMRI
    A150942

    ReplyDelete
  4. Satu isu yang menarik perhatian saya.
    Saya mendapati artikel saudari memberi banyak informasi tentang permainan digital.
    Terima kasih atas artikel.

    ReplyDelete