10 Gambar Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan
Assalamualaikum semua...
....Memandangkan kita sedang mempelajari subjek Teknologi & Inovasi Dalam Pendidikan, hari ni saya nak berkongsikan tentang serba sedikit teknologi yang digunakan untuk orang berkeperluan khas. Teknologi ini banyak digunakan di luar negara dengan menggunakan teknologi ini, orang-orang yang berkeperluan khas dapat merasakan mereka sama seperti orang yang tipikal. Saya sendiri merasa teruja apabila dapat mengetahui tentang teknologi-teknologi yang digunakan. Mari sama-sama kita terokai...
1) BrainPort
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjHCLQs93miP5Tc4zMglueFsh0ejc8aeLlt54UJxf7dAxXugjFRH-yd1U_9BgBjmisZOIWIehyphenhyphenCDekHnSVDzinGVIfniYRQZxzjPxN5u1VC_GIAyNxvOUB1-AwUWheA0-1Hx3gr0z1PVm-C/s1600/brainport.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPsT_r00PgYghrrqtmLBwDBI-AQ8I521VFPzGUPnZ4FJ2Eb2Csx37L_Hsm3G0oAhtkxfxAOQ8BPcQYpTnjBsCKZp6m5K2oXhzM0FzO5QIql3ZX_hI8lmHUdDN_G5mAIeWYGK-CSjtMFxst/s1600/brainport1.jpg)
Brainport
diperkenalkan oleh neurosainstis dari Syarikat Wicab. Alat ini menggunakan
teori yang sama seperti koklea implant iaitu kamera mengambil gambar
persekitaran dan maklumat tersebut akan diproses oleh cip dengan menggunakan
lidah sebagai medium input. Cip tersebut berperanan untuk menukarkan maklumat
yang diterima kepada denyutan elektrik. Melalui CPU, isyarat kemudiannya
dihantar ke lidah melalui ‘electrode array’ yang dikulum di atas lidah.
Electrode array akan merangsang saraf-saraf lidah yang sensitif dan seterusnya
menbawa isyarat elektrikal ini terus ke otak untuk diterjemahkan. Otak manusia
mampu mentafsir rangsangan ini dalam bentu visual seterusnya dan akan diarahkan
ke visual kortex untuk membolehkan individu tersebut melihat. Walau
bagaimanapun, imej yang dihasilkan tidak sama seperti yang dihasilkan oleh mata
sebenar. Imej yang dihasilkan adalah berbentuk pixel dan polygon.
2) Handphone Braille
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiaR2q7BS2d3vJ7ltSjcY_3x7nOk3j61LBMPY5KDrgz_yhs4EqIsXnX75yGYFvRhl7M42dcBD3e7o-g61F4nTNE2fEjuEIzV-4UX5DdQq3LSyPqBC2AoUVw2rq0W5gAQvc7mH4Xbh1f1D3R/s1600/braillephone.jpg)
Satu-satunya syarikat
yang mengeluarkan produk ini iaitu Samsung. Sebelum ini ada juga produk seperti
pada tahun 2006 manakala yang terbaru ini, keluarannya ialah pada tahun 2009.
Ia dicipta semata-mata untuk yang mempunyai masalah penglihatan dan buta.
Direka bentuk oleh Seonkeun park.
Menggunakan teknologi “Electric Active Plastic fabricates” di mana skrinnya
yang perlu disentuh oleh tangan/jari yang mempunyai kuasa visualisasi untuk
mereka baca apakah mesej yang mereka terima. Bentuknya yang seperti remote
televisyen lama, begitu simple, dan mempunyai keypad yang berbentuk tulisan
braile. Handphone ini memenangi Red Dot award pada tahun 2009.
3) Mouse kaki untuk OKU
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhIhcwJyoyG7kDaCV0wbSL26IRQrPL_eDbgqSIKTwI9IC-IskPQIeJ1f4e5dnCrSi0xaDq07C2QTWvKzvJ13XY3zVzV4J3MGetjArhyphenhyphenrwQPUpn8hFyE6wBFi9bKGmnCOtq2l4_4fDHDjczA/s1600/mousepad.jpg)
Lazimnya sebuah tetikus atau yang
sering disebut dengan mouse digunakan dengan menggunakan tangan. tapi, ada
sebuah mouse yang didesign oleh Liu Yi yang cara penggunaannya tidak
menggunakan tangan melainkan menggunakan kaki. Penggunaan mouse ini menggunakan
kaki ini dibuat bagi orang cacat yang tidak boleh menggunakan tangan mereka
untuk menggunakan mouse. sehingga dengan adanya mouse yang disebut toe mouse
ini seorang cacat mampu menggunakan mouse. Cara penggunaan toe mouse ini
pun mudah. Tidak berbeza dengan mouse
biasa , mouse ini juga memiliki tombol klik kiri dan juga tombol klik kanan.
cukup meletakkan mouse ini diantara ibu jari kaki dan jari sebelahnya maka
mouse kaki ini pun boleh digunakan. Mouse ini pun juga dilengkapi dengan
wireless sehingga penggunaannya boleh semakin mudah kerana tidak adanya kabel
yang mengganggung.
4) Japanese Robot Suit
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEij9m6Q5rE0Pz9h_Z07zNfzTF8SmifNvtw-qCRuQH3gcZGUyfmAmG653dLDghL8-XkuGfVgxLSLZeL0mRmnk_dgxAkMG597x1fNGKOz7cxTN2wTNcJkdQ77VFYSralZjmGJJikNi_QVllNm/s320/robotsuit.jpg)
Sebuah Syarikat Jepun iaitu
Cyberdyne dan Universiti Tsukuba telah mengumumkan ciptaan “robot suit” yang
direka untuk membantu orang ramai dengan anggota badan yang lemah atau yang
mengalami masalah jarak fizikal yang terhad untuk berjalan dan bergerak seperti
orang tipikal. Seberat 23kg, terdiri daripada anggota robotik dan ransel yang
mengandungi bateri dan sistem komputer. Ia diikat pada badan dan dikawal oleh
pemikiran Apabila seseorang cuba untuk bergerak, isyarat saraf yang dihantar
dari otak ke otot,dan sangat lemah kesan isyarat-isyarat ini boleh dikesan pada
permukaan kulit.Isyarat-isyarat ini menggunakan
sensor menahan kulit pemakainya, dan isyarat dihantar ke suit memberitahu suit
itu untukbergerak bersama dengan anggota badan sendiri pemakai.teknologi boleh
mempunyai pelbagai aplikasi, termasuk dalam latihan fizikal dan pemulihan,
menambah tambahan "otot" untuk tugas berat, dan walaupun dalam
operasi menyelamat dan pemulihan
5) Kamera Braille
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-69nUJxZ6gZuL8vlRMWykn01mi4aPWcmZhtshhe8Kl5IKij9eG4suvVIljURrzXEQWMGQQAt1_rcenuvv8L72S6h2_zxbZRwSTxjbpN2Qygs3ysB2dNf_3Ti06YReIDL0xwa2EWFZSFZ1/s320/kamera.jpg)
Alat ini telah dicipta oleh Son Seunghee,
Lee Sukyung, dan Kim Hyunsoo. Alat ini membolehkan golongan yang bermasalah
penglihatan terutamnya yang buta untuk mendapatkan gambaran tentang sesuatu
objek dan merakamkan kenangan mereka melalui gambar seperti orang tipikal yang
lain. Pereka alat ini telah memenangi anugerah Red Dot design concept pada
tahun 2008. Walau bagaimanapun, produk ini masih berada dalam peringkat konsep
dan belum terdapat di pasaran. Produk atau alat ini menggunakan prinsip yang
hamper sama dengan kemera conventional tetapi gambar yang dihasilkan adalah
dalam bentuk timbul bagi membolehkan orang yang mengalami masalah penglihatan
untuk merasai tekstur gambar tersebut.
6) Siafu PC
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-p9z-PVVKtRj9T3IcXpWJBzCiX1z-ERp64hWZ993sizT0aiw_nIuct91RDmNRz1C5YJrllmMf0_hcJAp9h69-1hqFtkB5vtC7qdWqzN5jixAYgyrUEI2Ct5ktUi7SfosV8kYEUhPgTZML/s320/saifu+pc.jpg)
Selama ini orang yang kurang
upaya atau buta mengalami banyak kesulitan ketika menggunakan komputer PC
kosvensional. Walaupun sistem operasi yang digunakan telah dilengkapi dengan
peralatan bantuan untuk orang cacat penglihatan seperti peralatan Narrator pada
Microsoft Windows, walupun begitu terdapat banyak keterbatasan kerana orang
tidak mempunyai penglihatan tidak boleh melihat tampilan visual. Rekaan terbaru
dari Siafu PC memberikan kesempatan kepada orang yang mempunyai kecatan
penglihatan (buta) untuk merasakan pengalaman yang lain dalam menggunakan
komputer. Alat ini benar-benar mengubah cara orang buta berinteraksi dengan
komputer, yaitu melalui sentuhan secara langsung. Permukaan Siafu menggunakan
menggunakan bahan khusus yang disebut magneclay. Permukaan bahan ini dapat
berubah menjadi bentuk tertentu. ertinya bahwa permukaan bahan ini dapat
menampilkan bentuk huruf braille sebagaimana buku yang digunakan orang
tunanetra pada umumnya. Siafu juga dapat menampilkan bentuk relief 3
dimensi,sehingga org yang cacat penglihatan dapat merasakan bentukan garfik
komputer untuk pertama kalinya.
7) Al-Quran Braille
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgRRqkM1liDdAfgbxYpt5Pw5_4-9RE10D5tCYQWXUTSab34qimCzNOQo0ZGZ2TcRoRlqH9uenVd9CqM9AFXxq6k7X-Z_IQzT9QWaVW7X227mYpKVQsYOsjN0g5pzt3pM9ejiUpDXYW83yLR/s320/alquran.jpg)
Bagi memberi peluang kepada
mereka yang cacat penglihatan membaca serta menghayati kandungan al-Quran,
Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) telah memperkenalkan
al-Quran Braille. Al-Quran braille ini yang diusahakan oleh ahli jawatankuasa
Pertis sendiri dengan kerjasama dan nasihat Jakim, merupakan yang pertama
diperkenalkan di Malaysia. Kini soft copy al-Quran Braille juga telah berjaya
dicipta di Malaysia.
8) Alat membantu OKU untuk bertapak di kutub selatan
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAZGQzu1JBHUIODTKloO-aOZHMj0lLBYxrykOFVAeWC1YpZFALAA3uCIua2P2HFFsbLyneki44XCRCDKgbR2UKOJIXIkkpkDUn1nKuUuBYCemYvrBFCK4B33MxeXFQxRl750a2Zqk-a1dj/s320/bantu.png)
Alat ini digunakan bertujuan
untuk mengawal kawalan pada kaki terutamanya bagi mereka yang kurang upaya.
Alat ini juga menggunakan dua konsep inovatif hijau. Yang pertama adalah sistem
photovoltaic, Sherpa 120 Pengembaraan Kit, dibangunkan oleh Goal Zero, direka
untuk menjana kuasa semua jenis alat, daripada telefon pintar dan komputer
riba, GPS, lampu dan peranti USB. Kit datang dengan panel solar dan boleh cas
semula peranti dalam cara yang mesra alam dalam sehingga 5 jam. Yang kedua
adalah sepasang stoking dipanaskan berteknologi tinggi, yang dilancarkan di
pasaran oleh satuan Therma-ic, yang dilengkapi dengan pek bateri PowerSock,
mengekalkan kehangatan kaki.
9) Robot membantu
OKU berjalan
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh2v_EBLg7z9ajBbVnEH_tK3iY-t0PnXewyN7olXrJDCufFYzUpbxarmYW-u2svLUxLMz_pzns-mmQKNO4reluhyUQkCVSTqAaoPofxfqvxjJ8WlADrLBZDRVVVrnQ1uWMHARfeNqPuqT-9/s1600/oku+jalan.gif)
Sebuah robot berkaki dua yang
boleh membawa warga tua dan orang kurang upaya berjalan, telah dicipta oleh
kumpulan penyelidikan bersama universiti jepun Waseda dan Fukuoka berasaskan
robot syarikat TMSK (disebut Tae Moo Zak). Robot yang digelar
"wl-16R3," empat kaki tinggi dan berat kira-kira 150 pound. Ia boleh
berjalan di atas jalan yang rata pada kaki dua. Kentaro Hottori, salah satu
daripada kakitangan penyelidikan di Universiti Wasedaberkata, "Robot ini
hanya boleh berjalan di atas jalan yang rata sekarang. Tetapi kami berharap ia
akan dapat membantu orang cacat anggota untuk bergerak pada masa akan
datang."
10) Peranti Kawalan Alam Sekitar direka bagi orang
kurang upaya fizikal.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgwOelLwEKR_1IUe5suosiDJVkI8LJPdgoCRE5h3wZ-IbWEwPH_7l0RchcqFuAh3d_rbaHJm7Ak6iIdvSRJ6OhOMAAQ2CTEPOt83tVCyPFi9VqRSk04Pf3qu8hjuNtGmJL5QbCF_jUZ7pzC/s1600/kwl+alam.jpg)
Abilia merupakan produk kawalan
alam sekitar yang direka untuk membantu mereka yang menghidapi penyakit neuron
motor, kecerdasan tulang belakang, sklerosis ,cerebral palsy dan strok. Ciptaan
ini adalah untuk mengekspresikan diri dan berinteraksi dengan dunia sekeliling
mereka. Dengan kawalan melalui skrin sentuh sama
ada, atau melalui pengimbasan suis, produk- produk ini membantu pengguna yang
mengalami masalah fizikal untuk mengambilm kawalan persekitaran mereka dan
kebebasan mereka.
No comments:
Post a Comment