Sunday, 24 May 2015
PENGGUNAAN PERMAINAN DIGITAL DI DALAM PROSES PENGAJARAN
Pada arus zaman yang moden kini, proses
pembelajaran di Malaysia semakin berkembang dari segi penggunaan teknologi
dalam pendidikan. Pembelajaran yang berasaskan permainan adalah satu usaha
untuk menarik minat setiap pelajar untuk mempelajari sesuatu perkara baru dan
ianya juga merupakan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar untuk bermain
permainan digital bagi tujuan pendidikan. Dengan menggunakan permainan digital
dalam pendidikan ini, para pelajar lebih berpotensi untuk membina maksud dan
pemahaman dalam setiap fasa pembelajaran. Menurut Connolly dan Stansfield telah mendefinisikan permainan digital untuk
pendidikan sebagai "penggunaan komputer berasaskan pendekatan permainan yang bertujuan untuk
menyampaikan, menyokong dan meningkatkan
pengajaran, pembelajaran, pentaksiran dan penilaian". Permainan digital dalam
pendidikan ini sesuai untuk semua peringkat umur bermula dari murid-murid
tadika hingga mahasiswa-mahasiswi university serta pendekatan ini sesuai untuk
kebanyakan mata pelajaran seperti Matematik, Sains, Bahasa dan Geografi.
Terdapat beberapa cadangan yang telah
diutarakan bagi menggalakkan penggunaan permainan digital. Antara cadangan penggunaan
permainan digital dalam pendidikan secara rasioanal adalah seperti berikut :
1)
Permainan wujud
dalam sebahagian masa dalam pembelajaran.
2)
Proses
pembelajaran menjadi lebih senang jika
permainan berkenaan mempunyai motivasi intrinsik, penglibatan dan keseronokan.
3)
Proses
pembelajaran yang semula jadi wujud dalam genre permainan pengembaraan, sama ada jalan cerita berkenaan digunakan secara tradisional atau
secara interaktif.
Permainan digital yang digunakan dalam pendidikan ia
dikenali secara kolektif sebagai permainan
pendidikan. Para pendidik dan pelajar menggunakan permainan pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi beberapa mata pelajaran seperti
Matematik, Sains, Sejarah dan Bahasa. Menurut Mat Zin, permainan digital dan
teknologi interaktif dalam persekitaran pembelajaran multimedia boleh memupuk
pembelajaran yang lebih berkesan dan menarik terutama di kalangan pelajar muda. Terdapat juga beberapa kebaikan
serta faedah yang terdapat di dalam permainan digital dalam pendidikan.
Antaranya ialah :
1)
Memotivasikan pelajar
untuk terus mempelajari sesuatu yang baru.
2)
Meningkatkan kemahiran
kognitif, termasuk kemahiran ruang dan fizikal serta membantu meningkatkan
kemahiran ICT dalam diri seseorang pelajar.
3)
Menggalakkan
kerjasama di antara pelajar dengan persekitaran
pembelajaran kolaboratif atau persekitaran kerjasama, yang mana para pelajar
berkongsi maklumat dan belajar daripada satu sama lain.
4)
Meningkatkan
kepantasan dalam pemikiran strategik dan
penyelesaian masalah.
5)
Meningkatkan
koordinasi antara tangan dan mata.
6)
Meningkatkan
fokus di kalangan kanak-kanak yang menghadapi masalah gangguan perhatian.
7)
Meningkatkan
pencapaian dalam sesuatu mata pelajaran.
Kesimpulannya dapat kita lihat bahawa
setiap pembaharuan dalam bidang pendidikan pasti akan memberi impak yang terbaik
bagi setiap pelajar. Dengan adanya permainan digital seperti ini dapatlah lagi
meningkatkkan minat dan menjadikan pelajar-pelajar ini lebih berkeyakinan dalam
melakukan sesuatu serta tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru.
Thursday, 7 May 2015
10 Video Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan
Assalamualaikum..Hari ni saya nak share tentang 10 video teknologi untuk golongan berkeperluan khas yang memang digunakan oleh golongan berkeperluan khas di luar negara. So.....enjoy......
1) An app that changes the way blind people live
2) Assistive Technology in Action - Meet Elle
3) Assistive Technology in Action - Meet Mason
4) Cool Stuff For Blind, Deaf, or Non-Verbal People
5) Cyberdyne's robot suit HAL to keep people walking
6) Disabled people making use of technological advancements to enrich lives 장애인 돕
7) IBM People For Smarter Cities Assistive Technology for the Blind
8) Indian designer developing world's first Braille smartphone
9) New Technology- BrainPort Vision
10) Wireless Technologies for People with Disabilities
Menarikkan teknologi sekarang? Alhamdulillah...sekurang-kurangnya masih ada sesuatu yang dapat membantu golongan-golongan ini. =)
Wednesday, 6 May 2015
10 Gambar Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan
Assalamualaikum semua...
....Memandangkan kita sedang mempelajari subjek Teknologi & Inovasi Dalam Pendidikan, hari ni saya nak berkongsikan tentang serba sedikit teknologi yang digunakan untuk orang berkeperluan khas. Teknologi ini banyak digunakan di luar negara dengan menggunakan teknologi ini, orang-orang yang berkeperluan khas dapat merasakan mereka sama seperti orang yang tipikal. Saya sendiri merasa teruja apabila dapat mengetahui tentang teknologi-teknologi yang digunakan. Mari sama-sama kita terokai...
1) BrainPort
Brainport diperkenalkan oleh neurosainstis dari Syarikat Wicab. Alat ini menggunakan teori yang sama seperti koklea implant iaitu kamera mengambil gambar persekitaran dan maklumat tersebut akan diproses oleh cip dengan menggunakan lidah sebagai medium input. Cip tersebut berperanan untuk menukarkan maklumat yang diterima kepada denyutan elektrik. Melalui CPU, isyarat kemudiannya dihantar ke lidah melalui ‘electrode array’ yang dikulum di atas lidah. Electrode array akan merangsang saraf-saraf lidah yang sensitif dan seterusnya menbawa isyarat elektrikal ini terus ke otak untuk diterjemahkan. Otak manusia mampu mentafsir rangsangan ini dalam bentu visual seterusnya dan akan diarahkan ke visual kortex untuk membolehkan individu tersebut melihat. Walau bagaimanapun, imej yang dihasilkan tidak sama seperti yang dihasilkan oleh mata sebenar. Imej yang dihasilkan adalah berbentuk pixel dan polygon.
2) Handphone Braille
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiaR2q7BS2d3vJ7ltSjcY_3x7nOk3j61LBMPY5KDrgz_yhs4EqIsXnX75yGYFvRhl7M42dcBD3e7o-g61F4nTNE2fEjuEIzV-4UX5DdQq3LSyPqBC2AoUVw2rq0W5gAQvc7mH4Xbh1f1D3R/s1600/braillephone.jpg)
Satu-satunya syarikat
yang mengeluarkan produk ini iaitu Samsung. Sebelum ini ada juga produk seperti
pada tahun 2006 manakala yang terbaru ini, keluarannya ialah pada tahun 2009.
Ia dicipta semata-mata untuk yang mempunyai masalah penglihatan dan buta.
Direka bentuk oleh Seonkeun park.
Menggunakan teknologi “Electric Active Plastic fabricates” di mana skrinnya
yang perlu disentuh oleh tangan/jari yang mempunyai kuasa visualisasi untuk
mereka baca apakah mesej yang mereka terima. Bentuknya yang seperti remote
televisyen lama, begitu simple, dan mempunyai keypad yang berbentuk tulisan
braile. Handphone ini memenangi Red Dot award pada tahun 2009.
3) Mouse kaki untuk OKU
Lazimnya sebuah tetikus atau yang
sering disebut dengan mouse digunakan dengan menggunakan tangan. tapi, ada
sebuah mouse yang didesign oleh Liu Yi yang cara penggunaannya tidak
menggunakan tangan melainkan menggunakan kaki. Penggunaan mouse ini menggunakan
kaki ini dibuat bagi orang cacat yang tidak boleh menggunakan tangan mereka
untuk menggunakan mouse. sehingga dengan adanya mouse yang disebut toe mouse
ini seorang cacat mampu menggunakan mouse. Cara penggunaan toe mouse ini
pun mudah. Tidak berbeza dengan mouse
biasa , mouse ini juga memiliki tombol klik kiri dan juga tombol klik kanan.
cukup meletakkan mouse ini diantara ibu jari kaki dan jari sebelahnya maka
mouse kaki ini pun boleh digunakan. Mouse ini pun juga dilengkapi dengan
wireless sehingga penggunaannya boleh semakin mudah kerana tidak adanya kabel
yang mengganggung.
4) Japanese Robot Suit
Sebuah Syarikat Jepun iaitu Cyberdyne dan Universiti Tsukuba telah mengumumkan ciptaan “robot suit” yang direka untuk membantu orang ramai dengan anggota badan yang lemah atau yang mengalami masalah jarak fizikal yang terhad untuk berjalan dan bergerak seperti orang tipikal. Seberat 23kg, terdiri daripada anggota robotik dan ransel yang mengandungi bateri dan sistem komputer. Ia diikat pada badan dan dikawal oleh pemikiran Apabila seseorang cuba untuk bergerak, isyarat saraf yang dihantar dari otak ke otot,dan sangat lemah kesan isyarat-isyarat ini boleh dikesan pada permukaan kulit.Isyarat-isyarat ini menggunakan sensor menahan kulit pemakainya, dan isyarat dihantar ke suit memberitahu suit itu untukbergerak bersama dengan anggota badan sendiri pemakai.teknologi boleh mempunyai pelbagai aplikasi, termasuk dalam latihan fizikal dan pemulihan, menambah tambahan "otot" untuk tugas berat, dan walaupun dalam operasi menyelamat dan pemulihan
5) Kamera Braille
Alat ini telah dicipta oleh Son Seunghee, Lee Sukyung, dan Kim Hyunsoo. Alat ini membolehkan golongan yang bermasalah penglihatan terutamnya yang buta untuk mendapatkan gambaran tentang sesuatu objek dan merakamkan kenangan mereka melalui gambar seperti orang tipikal yang lain. Pereka alat ini telah memenangi anugerah Red Dot design concept pada tahun 2008. Walau bagaimanapun, produk ini masih berada dalam peringkat konsep dan belum terdapat di pasaran. Produk atau alat ini menggunakan prinsip yang hamper sama dengan kemera conventional tetapi gambar yang dihasilkan adalah dalam bentuk timbul bagi membolehkan orang yang mengalami masalah penglihatan untuk merasai tekstur gambar tersebut.
6) Siafu PC
Selama ini orang yang kurang upaya atau buta mengalami banyak kesulitan ketika menggunakan komputer PC kosvensional. Walaupun sistem operasi yang digunakan telah dilengkapi dengan peralatan bantuan untuk orang cacat penglihatan seperti peralatan Narrator pada Microsoft Windows, walupun begitu terdapat banyak keterbatasan kerana orang tidak mempunyai penglihatan tidak boleh melihat tampilan visual. Rekaan terbaru dari Siafu PC memberikan kesempatan kepada orang yang mempunyai kecatan penglihatan (buta) untuk merasakan pengalaman yang lain dalam menggunakan komputer. Alat ini benar-benar mengubah cara orang buta berinteraksi dengan komputer, yaitu melalui sentuhan secara langsung. Permukaan Siafu menggunakan menggunakan bahan khusus yang disebut magneclay. Permukaan bahan ini dapat berubah menjadi bentuk tertentu. ertinya bahwa permukaan bahan ini dapat menampilkan bentuk huruf braille sebagaimana buku yang digunakan orang tunanetra pada umumnya. Siafu juga dapat menampilkan bentuk relief 3 dimensi,sehingga org yang cacat penglihatan dapat merasakan bentukan garfik komputer untuk pertama kalinya.
7) Al-Quran Braille
Bagi memberi peluang kepada mereka yang cacat penglihatan membaca serta menghayati kandungan al-Quran, Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) telah memperkenalkan al-Quran Braille. Al-Quran braille ini yang diusahakan oleh ahli jawatankuasa Pertis sendiri dengan kerjasama dan nasihat Jakim, merupakan yang pertama diperkenalkan di Malaysia. Kini soft copy al-Quran Braille juga telah berjaya dicipta di Malaysia.
8) Alat membantu OKU untuk bertapak di kutub selatan
Alat ini digunakan bertujuan untuk mengawal kawalan pada kaki terutamanya bagi mereka yang kurang upaya. Alat ini juga menggunakan dua konsep inovatif hijau. Yang pertama adalah sistem photovoltaic, Sherpa 120 Pengembaraan Kit, dibangunkan oleh Goal Zero, direka untuk menjana kuasa semua jenis alat, daripada telefon pintar dan komputer riba, GPS, lampu dan peranti USB. Kit datang dengan panel solar dan boleh cas semula peranti dalam cara yang mesra alam dalam sehingga 5 jam. Yang kedua adalah sepasang stoking dipanaskan berteknologi tinggi, yang dilancarkan di pasaran oleh satuan Therma-ic, yang dilengkapi dengan pek bateri PowerSock, mengekalkan kehangatan kaki.
9) Robot membantu
OKU berjalan
Sebuah robot berkaki dua yang boleh membawa warga tua dan orang kurang upaya berjalan, telah dicipta oleh kumpulan penyelidikan bersama universiti jepun Waseda dan Fukuoka berasaskan robot syarikat TMSK (disebut Tae Moo Zak). Robot yang digelar "wl-16R3," empat kaki tinggi dan berat kira-kira 150 pound. Ia boleh berjalan di atas jalan yang rata pada kaki dua. Kentaro Hottori, salah satu daripada kakitangan penyelidikan di Universiti Wasedaberkata, "Robot ini hanya boleh berjalan di atas jalan yang rata sekarang. Tetapi kami berharap ia akan dapat membantu orang cacat anggota untuk bergerak pada masa akan datang."
10) Peranti Kawalan Alam Sekitar direka bagi orang
kurang upaya fizikal.
Abilia merupakan produk kawalan alam sekitar yang direka untuk membantu mereka yang menghidapi penyakit neuron motor, kecerdasan tulang belakang, sklerosis ,cerebral palsy dan strok. Ciptaan ini adalah untuk mengekspresikan diri dan berinteraksi dengan dunia sekeliling mereka. Dengan kawalan melalui skrin sentuh sama ada, atau melalui pengimbasan suis, produk- produk ini membantu pengguna yang mengalami masalah fizikal untuk mengambilm kawalan persekitaran mereka dan kebebasan mereka.
Monday, 4 May 2015
Biodata Saya
Assalamualaikum,Ini merupakan post yang pertama saya bagi subjek GGGE 2123 Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan. Selamat berkenalan. Disini juga saya lampirkan serba sedikit mengenai diri saya
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDXYfA2FyoK5GBt5Mj6SrqT3WL60MFJDUglaS6ofrCReguyL1MEaScjqWI5vdyhT_QJPDKUrJWCwettnDx3vK1j1ceMXCzovLK4_XkKoRPhWDwVurkyN1bItXpVcn0vnHWjd02hwRnnEJN/s1600/nurin.jpg)
Nama
: Nurin Jazlina Binti Abdul Halim
No. Matrik
: A148911
Program
: Pendidikan Khas
Semester
: Tahun 1/Sem 2, 2014/2015
Tutorial
: Isnin
Masa
: 12-2pm
Tempat
: Makmal Komputer 3
Emel
: nurinjazlina.halim@gmail.com Facebook
: www.facebook.com/nurinjazlina.halim No. Tel
: 0193314687
No. Tel Rumah
: 0361413660
Alamat Kolej
: A1109, Blok A1, Kolej Pendeta Za’ba Alamat Rumah : Lot 38377, Jln Tempayan
Emas 2, Kg Paya Jaras Dalam 40160 Sg Buloh, Selangor
Ok. Sampai situ sahaja dulu...jumpa lg di post yg akn dtg....
Subscribe to:
Posts (Atom)