Sunday, 31 May 2015

Sunday, 24 May 2015

GAMBAR-GAMBAR DARI PELBAGAI SUDUT




Saya memilih untuk membuat model cawan-stand. Enjoy.....

1) BAHAGIAN ATAS 



2) BAHAGIAN DEPAN JARAK DEKAT




3) BAHAGIAN DEPAN JARAK JAUH




4) BAHAGIAN SISI KANAN




5) BAHAGIAN SISI KIRI




6) PANDANGAN BAWAH




7) PANDANGAN BELAKANG 




8) BAHAGIAN BELAKANG JARAK JAUH




9) CAWAN-STAND DARI JARAK DEKAT




10) CAWAN-STAND DI TEMPAT PAMERAN

PENGGUNAAN PERMAINAN DIGITAL DI DALAM PROSES PENGAJARAN



Pada arus zaman yang moden kini, proses pembelajaran di Malaysia semakin berkembang dari segi penggunaan teknologi dalam pendidikan. Pembelajaran yang berasaskan permainan adalah satu usaha untuk menarik minat setiap pelajar untuk mempelajari sesuatu perkara baru dan ianya juga merupakan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar untuk bermain permainan digital bagi tujuan pendidikan. Dengan menggunakan permainan digital dalam pendidikan ini, para pelajar lebih berpotensi untuk membina maksud dan pemahaman dalam setiap fasa pembelajaran. Menurut Connolly dan Stansfield  telah mendefinisikan permainan digital untuk pendidikan sebagai "penggunaan komputer berasaskan  pendekatan permainan yang bertujuan untuk menyampaikan, menyokong dan meningkatkan  pengajaran, pembelajaran, pentaksiran dan  penilaian". Permainan digital dalam pendidikan ini sesuai untuk semua peringkat umur bermula dari murid-murid tadika hingga mahasiswa-mahasiswi university serta pendekatan ini sesuai untuk kebanyakan mata pelajaran seperti Matematik, Sains, Bahasa dan Geografi.



Terdapat beberapa cadangan yang telah diutarakan bagi menggalakkan penggunaan permainan digital. Antara cadangan penggunaan permainan digital dalam pendidikan secara rasioanal adalah seperti berikut :
1)      Permainan wujud dalam sebahagian masa dalam pembelajaran. 
2)      Proses pembelajaran menjadi lebih senang  jika permainan berkenaan mempunyai motivasi intrinsik, penglibatan dan keseronokan.
3)      Proses pembelajaran yang semula jadi wujud dalam genre permainan  pengembaraan, sama ada jalan cerita  berkenaan digunakan secara tradisional atau secara interaktif.


Permainan  digital yang digunakan dalam pendidikan ia dikenali secara kolektif sebagai permainan  pendidikan. Para pendidik dan pelajar menggunakan permainan  pendidikan dalam proses pengajaran dan  pembelajaran bagi beberapa mata pelajaran seperti Matematik, Sains, Sejarah dan Bahasa. Menurut Mat Zin, permainan digital dan teknologi interaktif dalam persekitaran pembelajaran multimedia boleh memupuk pembelajaran yang lebih berkesan dan menarik terutama di kalangan  pelajar muda. Terdapat juga beberapa kebaikan serta faedah yang terdapat di dalam permainan digital dalam pendidikan. Antaranya ialah :
1)      Memotivasikan pelajar untuk terus mempelajari sesuatu yang baru.
2)      Meningkatkan kemahiran kognitif, termasuk kemahiran ruang dan fizikal serta membantu meningkatkan kemahiran ICT dalam diri seseorang pelajar.
3)      Menggalakkan kerjasama di antara pelajar dengan persekitaran  pembelajaran kolaboratif atau persekitaran kerjasama, yang mana para pelajar berkongsi maklumat dan belajar daripada satu sama lain.
4)      Meningkatkan kepantasan dalam  pemikiran strategik dan penyelesaian masalah.
5)      Meningkatkan koordinasi antara tangan dan mata.
6)      Meningkatkan fokus di kalangan kanak-kanak yang menghadapi masalah gangguan perhatian.
7)      Meningkatkan pencapaian dalam sesuatu mata  pelajaran.

Kesimpulannya dapat kita lihat bahawa setiap pembaharuan dalam bidang pendidikan pasti akan memberi impak yang terbaik bagi setiap pelajar. Dengan adanya permainan digital seperti ini dapatlah lagi meningkatkkan minat dan menjadikan pelajar-pelajar ini lebih berkeyakinan dalam melakukan sesuatu serta tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru. 

Thursday, 7 May 2015

10 Video Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan


Assalamualaikum..Hari ni saya nak share tentang 10 video teknologi untuk golongan berkeperluan khas yang memang digunakan oleh golongan berkeperluan khas di luar negara. So.....enjoy......


1) An app that changes the way blind people live





2) Assistive Technology in Action - Meet Elle





3) Assistive Technology in Action - Meet Mason





4) Cool Stuff For Blind, Deaf, or Non-Verbal People





5) Cyberdyne's robot suit HAL to keep people walking





6) Disabled people making use of technological advancements to enrich lives   장애인 돕





7) IBM People For Smarter Cities  Assistive Technology for the Blind





8) Indian designer developing world's first Braille smartphone





9) New Technology- BrainPort Vision





10) Wireless Technologies for People with Disabilities





Menarikkan teknologi sekarang? Alhamdulillah...sekurang-kurangnya masih ada sesuatu yang dapat membantu golongan-golongan ini. =)


Wednesday, 6 May 2015

10 Gambar Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan


Assalamualaikum semua...

....Memandangkan kita sedang mempelajari subjek Teknologi & Inovasi Dalam Pendidikan, hari ni saya nak berkongsikan tentang serba sedikit teknologi yang digunakan untuk orang berkeperluan khas. Teknologi ini banyak digunakan di luar negara dengan menggunakan teknologi ini, orang-orang yang berkeperluan khas dapat merasakan mereka sama seperti orang yang tipikal. Saya sendiri merasa teruja apabila dapat mengetahui tentang teknologi-teknologi yang digunakan. Mari sama-sama kita terokai...





1) BrainPort




Brainport diperkenalkan oleh neurosainstis dari Syarikat Wicab. Alat ini menggunakan teori yang sama seperti koklea implant iaitu kamera mengambil gambar persekitaran dan maklumat tersebut akan diproses oleh cip dengan menggunakan lidah sebagai medium input. Cip tersebut berperanan untuk menukarkan maklumat yang diterima kepada denyutan elektrik. Melalui CPU, isyarat kemudiannya dihantar ke lidah melalui ‘electrode array’ yang dikulum di atas lidah. Electrode array akan merangsang saraf-saraf lidah yang sensitif dan seterusnya menbawa isyarat elektrikal ini terus ke otak untuk diterjemahkan. Otak manusia mampu mentafsir rangsangan ini dalam bentu visual seterusnya dan akan diarahkan ke visual kortex untuk membolehkan individu tersebut melihat. Walau bagaimanapun, imej yang dihasilkan tidak sama seperti yang dihasilkan oleh mata sebenar. Imej yang dihasilkan adalah berbentuk pixel dan polygon.




2) Handphone Braille






Satu-satunya syarikat yang mengeluarkan produk ini iaitu Samsung. Sebelum ini ada juga produk seperti pada tahun 2006 manakala yang terbaru ini, keluarannya ialah pada tahun 2009. Ia dicipta semata-mata untuk yang mempunyai masalah penglihatan dan buta. Direka bentuk  oleh Seonkeun park. Menggunakan teknologi “Electric Active Plastic fabricates” di mana skrinnya yang perlu disentuh oleh tangan/jari yang mempunyai kuasa visualisasi untuk mereka baca apakah mesej yang mereka terima. Bentuknya yang seperti remote televisyen lama, begitu simple, dan mempunyai keypad yang berbentuk tulisan braile. Handphone ini memenangi Red Dot award pada tahun 2009.



3) Mouse kaki untuk OKU




Lazimnya sebuah tetikus atau yang sering disebut dengan mouse digunakan dengan menggunakan tangan. tapi, ada sebuah mouse yang didesign oleh Liu Yi yang cara penggunaannya tidak menggunakan tangan melainkan menggunakan kaki. Penggunaan mouse ini menggunakan kaki ini dibuat bagi orang cacat yang tidak boleh menggunakan tangan mereka untuk menggunakan mouse. sehingga dengan adanya mouse yang disebut toe mouse ini seorang cacat mampu menggunakan mouse. Cara penggunaan toe mouse ini pun  mudah. Tidak berbeza dengan mouse biasa , mouse ini juga memiliki tombol klik kiri dan juga tombol klik kanan. cukup meletakkan mouse ini diantara ibu jari kaki dan jari sebelahnya maka mouse kaki ini pun boleh digunakan. Mouse ini pun juga dilengkapi dengan wireless sehingga penggunaannya boleh semakin mudah kerana tidak adanya kabel yang mengganggung.




4) Japanese Robot Suit




Sebuah Syarikat Jepun iaitu Cyberdyne dan Universiti Tsukuba telah mengumumkan ciptaan “robot suit” yang direka untuk membantu orang ramai dengan anggota badan yang lemah atau yang mengalami masalah jarak fizikal yang terhad untuk berjalan dan bergerak seperti orang tipikal. Seberat 23kg, terdiri daripada anggota robotik dan ransel yang mengandungi bateri dan sistem komputer. Ia diikat pada badan dan dikawal oleh pemikiran Apabila seseorang cuba untuk bergerak, isyarat saraf yang dihantar dari otak ke otot,dan sangat lemah kesan isyarat-isyarat ini boleh dikesan pada permukaan kulit.Isyarat-isyarat ini menggunakan sensor menahan kulit pemakainya, dan isyarat dihantar ke suit memberitahu suit itu untukbergerak bersama dengan anggota badan sendiri pemakai.teknologi boleh mempunyai pelbagai aplikasi, termasuk dalam latihan fizikal dan pemulihan, menambah tambahan "otot" untuk tugas berat, dan walaupun dalam operasi menyelamat dan pemulihan




5) Kamera Braille




Alat ini telah dicipta oleh Son Seunghee, Lee Sukyung, dan Kim Hyunsoo. Alat ini membolehkan golongan yang bermasalah penglihatan terutamnya yang buta untuk mendapatkan gambaran tentang sesuatu objek dan merakamkan kenangan mereka melalui gambar seperti orang tipikal yang lain. Pereka alat ini telah memenangi anugerah Red Dot design concept pada tahun 2008. Walau bagaimanapun, produk ini masih berada dalam peringkat konsep dan belum terdapat di pasaran. Produk atau alat ini menggunakan prinsip yang hamper sama dengan kemera conventional tetapi gambar yang dihasilkan adalah dalam bentuk timbul bagi membolehkan orang yang mengalami masalah penglihatan untuk merasai tekstur gambar tersebut.




6) Siafu PC




Selama ini orang yang kurang upaya atau buta mengalami banyak kesulitan ketika menggunakan komputer PC kosvensional. Walaupun sistem operasi yang digunakan telah dilengkapi dengan peralatan bantuan untuk orang cacat penglihatan seperti peralatan Narrator pada Microsoft Windows, walupun begitu terdapat banyak keterbatasan kerana orang tidak mempunyai penglihatan tidak boleh melihat tampilan visual. Rekaan terbaru dari Siafu PC memberikan kesempatan kepada orang yang mempunyai kecatan penglihatan (buta) untuk merasakan pengalaman yang lain dalam menggunakan komputer. Alat ini benar-benar mengubah cara orang buta berinteraksi dengan komputer, yaitu melalui sentuhan secara langsung.         Permukaan Siafu menggunakan menggunakan bahan khusus yang disebut magneclay. Permukaan bahan ini dapat berubah menjadi bentuk tertentu. ertinya bahwa permukaan bahan ini dapat menampilkan bentuk huruf braille sebagaimana buku yang digunakan orang tunanetra pada umumnya. Siafu juga dapat menampilkan bentuk relief 3 dimensi,sehingga org yang cacat penglihatan dapat merasakan bentukan garfik komputer untuk pertama kalinya.



7) Al-Quran Braille




Bagi memberi peluang kepada mereka yang cacat penglihatan membaca serta menghayati kandungan al-Quran, Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) telah memperkenalkan al-Quran Braille. Al-Quran braille ini yang diusahakan oleh ahli jawatankuasa Pertis sendiri dengan kerjasama dan nasihat Jakim, merupakan yang pertama diperkenalkan di Malaysia. Kini soft copy al-Quran Braille juga telah berjaya dicipta di Malaysia.



8) Alat membantu OKU untuk bertapak di kutub selatan




Alat ini digunakan bertujuan untuk mengawal kawalan pada kaki terutamanya bagi mereka yang kurang upaya. Alat ini juga menggunakan dua konsep inovatif hijau. Yang pertama adalah sistem photovoltaic, Sherpa 120 Pengembaraan Kit, dibangunkan oleh Goal Zero, direka untuk menjana kuasa semua jenis alat, daripada telefon pintar dan komputer riba, GPS, lampu dan peranti USB. Kit datang dengan panel solar dan boleh cas semula peranti dalam cara yang mesra alam dalam sehingga 5 jam. Yang kedua adalah sepasang stoking dipanaskan berteknologi tinggi, yang dilancarkan di pasaran oleh satuan Therma-ic, yang dilengkapi dengan pek bateri PowerSock, mengekalkan kehangatan kaki.



9)   Robot membantu OKU berjalan




Sebuah robot berkaki dua yang boleh membawa warga tua dan orang kurang upaya berjalan, telah dicipta oleh kumpulan penyelidikan bersama universiti jepun Waseda dan Fukuoka berasaskan robot syarikat TMSK (disebut Tae Moo Zak). Robot yang digelar "wl-16R3," empat kaki tinggi dan berat kira-kira 150 pound. Ia boleh berjalan di atas jalan yang rata pada kaki dua. Kentaro Hottori, salah satu daripada kakitangan penyelidikan di Universiti Wasedaberkata, "Robot ini hanya boleh berjalan di atas jalan yang rata sekarang. Tetapi kami berharap ia akan dapat membantu orang cacat anggota untuk bergerak pada masa akan datang."



10)  Peranti Kawalan Alam Sekitar direka bagi orang kurang upaya fizikal.




Abilia merupakan produk kawalan alam sekitar yang direka untuk membantu mereka yang menghidapi penyakit neuron motor, kecerdasan tulang belakang, sklerosis ,cerebral palsy dan strok. Ciptaan ini adalah untuk mengekspresikan diri dan berinteraksi dengan dunia sekeliling mereka.     Dengan kawalan melalui skrin sentuh sama ada, atau melalui pengimbasan suis, produk- produk ini membantu pengguna yang mengalami masalah fizikal untuk mengambilm kawalan persekitaran mereka dan kebebasan mereka.


Monday, 4 May 2015

Biodata Saya


Assalamualaikum,Ini merupakan post yang pertama saya bagi subjek GGGE 2123 Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan. Selamat berkenalan. Disini juga saya lampirkan serba sedikit mengenai diri saya




    Nama : Nurin Jazlina Binti Abdul Halim
    No. Matrik : A148911
    Program : Pendidikan Khas
    Semester : Tahun 1/Sem 2, 2014/2015
    Tutorial : Isnin
     Masa : 12-2pm
     Tempat : Makmal Komputer 3
    Emel : nurinjazlina.halim@gmail.com    Facebook : www.facebook.com/nurinjazlina.halim     No. Tel : 0193314687
    No. Tel Rumah : 0361413660
    Alamat Kolej : A1109, Blok A1, Kolej Pendeta Za’ba   
Alamat Rumah : Lot 38377, Jln Tempayan Emas 2, Kg Paya Jaras Dalam 40160 Sg Buloh, Selangor


Ok. Sampai situ sahaja dulu...jumpa lg di post yg akn dtg....